• Hasbro Laser Tag menggunakan iPhone


    Bagi mereka yang sukakan akiviti Laser Tag, kini anda boleh bermain bila-bila masa sahaja tanpa perlu pergi ke pusat Laser Tag terdekat kerana Hasbro bakal mengeluarkan peranti khas untuk membenarkan anda menggunakan iPhone dan iPod Touch anda untuk bermain Laser Tag. Pada asalnya syarikat NERF merupakan pengeluar rasmi permainan ini namun setelah beberapa isu yang melanda, Hasbro telah mengambil alih hak sebagai pengeluar.



    Permainan ini boleh dimainkan dalam dua mode yang berbeza iaitu single dan multi player. Untuk single mode, anda perlu menembak sebanyak mungkin makhluk asing untuk mendapatkan senjata terbaru dan kelengkapan dalam permainan ini. Konsepnya hampir sama dengan PS Vita di mana ia menggunakan teknologi Augmented Reality' (AR). Walau bagaimanapun, mode ini tidaklah seseronok bermain dengan rakan-rakan anda. Di dalam mode multi player, anda boleh berlawan dengan rakan-rakan anda yang mempunyai peranti yang sama untuk mendapatkan markah tertinggi. Peraturannya hampir menyerupai permainan Laser Tag yang asal. Perbezaan ketaranya adalah boleh bermain di waktu siang/cerah. Permainan ini akan menggunakan iPhone anda dengan sepenuhnya kerana skrin telefon akan digunakan sebagai skrin utama di dalam permainan dan sistem bunyi juga akan dikeluarkan daripada iPhone. Tidak pasti bila ia akan sampai di pasaran Malaysia, namun ia bakal dijual di Amerika bermula pada 1 Ogos dengan harga RM140 ($40) sahaja.
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain