• HTC Desire V - Sokongan Dual-SIM untuk Android


    Bagi mereka yang peminat kipas susah mati Android, anda pasti inginkan sebuah telefon bimbit yang boleh menggunakan dua kad SIM sekaligus. Mungkin anda boleh mencuba telefon bimbit keluaran HTC iaitu Desire V yang menyokong penggunaan dua kad SIM sekaligus. Walaupun saya tidak pasti sama ada ini adalah satu-satunya peranti Android yang menggunakan dua kad SIM, namun ia dilihat amat menarik dan sangat mengujakan buat mereka ingin menggunakan dua kad SIM pada satu peranti.


    Apabila saya melihat telefon bimbit ini secara lebih dekat, ia kelihatan amat kecil dan nipis, malah amat selesa untuk dipegang di tangan anda. Reka bentuknya hampir menyerupai HTC One X dan One S namun spesifikasinya adalah lebih rendah. Dengan hanya menggunakan single-core processor 1Ghz, serta 512MB RAM, respon pada telefon ini dilihat amat perlahan (laggy) berbanding telefon bimbit Android yang lain. Salah satu slot SIM kadnya mampu menyokong HSDPA manakala satu lagi hanya mampu mencapai tahap GPRS sahaja. 

    Ia turut disertai dengan kamera 5 megapixel berserta flash LED untuk tangkapan gambar yang biasa. Menariknya HTC Desire V ini juga menyokong Beats Audio seperti kebanyakkan peranti HTC yang lain. Pada pandangan saya, telefon bimbit ini sesuai buat mereka yang ingin menggunakan dua SIM kad di dalam Android di samping boleh dibeli dengan harga yang tidak terlalu mahal. Harganya di pasaran adalah RM1070 (sumber Mobile88
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain