• Idea asal iPhone hampir menyerupai Nokia N9


    Baru-baru ini Apple telah pun mengeluarkan beberapa gambar lama bagi menunjukkan prototaip asal iPhone pada tahun 2006. Ini semua gara-gara kes saman-menyaman antara Apple dan juga Samsung. Jika dilihat dengan teliti idea asal iPhone ini sememangnya amat berlainan dengan produk keluaran Samsung. Walau bagaimanapun, tidakkah anda nampak peranti ini seolah-olah seperti Nokia N9 dan juga Nokia Lumia 800? Adakah Nokia boleh disaman oleh pihak Apple kerana telah mengambil konsep asal mereka?



    Kita tak dapat mengenal pasti pihak manakah yang pertama sekali mengeluarkan idea ini kerana konsep Nokia N9 dan Lumia juga dilihat menyerupai iPod Nano terdahulu. Namun perlu diingatkan bahawa Apple tidak pernah mendaftarkan reka bentuk ini sebagai hak milik mereka. Harap-harapnya tidak akan berlaku pertelagahan antara kedua-dua syarikat besar ini.
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain