• IPmart - Kedai Gajet Online lagi


    Nampaknya dunia kedai gajet Online di Malaysia nampaknya semakin menjadi-jadi seolah-olah bagaikan cendawan yang tumbuh selepas hujan. Satu lagi kedai Online yang bakal popular adalah IPmart.com. Beribu pejabat di Kuching, Sarawak, IPmart telah membuka banyak cawangan di serata dunia seperti Malaysia, Filipina, Indonesia, China dan juga Amerika Syarikat. Ia hampir menyerupai Lazada namun tawaran diskaun ke atas barang jualan tidaklah sebanyak di Lazada. Kebanyakkan diskaun yang diberikan terdiri daripada barangan yang digabungkan sekali seperti telefon bimbit bersama-sama bekasnya (case).



    Dari segi penghantaran, IPmart akan menghantar barang yang dibeli dalam masa 1 hingga 4 hari bekerja setelah pembayaran dibuat. Mereka menerima kad-kad kredit utama seperti Visa, MasterCard, Amex di samping pembayaran tunai melalui Maybank, CIMB, Public Bank, Hong Leong, dan juga RHB. Jika anda pengguna setia Paypal, kemudahan ini juga disediakan buat anda. Jika anda tidak berpuas hati dengan barang yang dibeli, anda boleh membuat pemulangan dalam masa 30 hari selepas barang diterima. Tidak pasti lagi sama ada terdapat sebarang aduan mengenai laman web ini daripada para pelanggannya. Jika ada, sila kongsikan bersama-sama kami ya.
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain