• Lazada - Beli Gajet secara Online


    Lazada.com.my membolehkan korang membeli gajet secara online dengan mudah dan lebih selamat. Jika dibandingkan dengan Mudah.my ataupun Lelong.com.my, laman web ini dilihat lebih teratur proses pembeliannya. Ia dilengkapi dengan sistem penghantaran yang lebih dipercayai kerana anda boleh membuat pilihan untuk membuat pembayaran apabila barang sampai di rumah anda. Bagi mereka yang mempunyai kad kredit, anda juga boleh membuat pembayaran secara Online.



    Satu perkara lagi yang membuatkan Lazada.com.my unik adalah potongan harga yang diberikan pada gajet yang terbaru. Diskaun yang diberikan boleh mencecah sehingga 40% daripada harga sebenar gajet tersebut. Sebagai contoh, Xperia Go keluaran terbaru daripada Sony boleh dibeli pada harga RM695 sahaja. Harga sebenarnya di pasaran adalah RM999. Ini bermakna anda boleh jimat sebanyak 30% sekiranya anda membeli di Lazada.com.my. Malah barang-barangnya adalah dijamin baru dan sampai ke rumah anda.

    Malang sekali laman web ini tidak menyediakan kemudahan Easy Payment Plan bagi pengguna kad kredit membayar secara bulanan. Namun, dengan adanya laman web sebegini, kita tidak perlu bersesak-sesak di kedai alat telekomunikasi di samping mengurangkan peluang untuk ditipu ketika membuat pembelian di Internet.
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain