• Molome - Edit dan Kongsikan Gambar


    Molome merupakan sebuah aplikasi seumpama Instagram yang membolehkan anda menangkap dan mengedit gambar secara terus di samping mengongsikan ia kepada semua di Internet. Konsep asalnya hampir menyerupai Instagram namun UI (User Interface) yang digunakan dilihat lebih kemas dan teratur dalam mengekalkan idea asalnya iaitu untuk berkongsi gambar. Molome boleh didapati di dalam banyak sistem operasi mudah alih seperti Android, Symbian, Blackberry dan juga MeeGo. Apa yang sangat uniknya adalah Molome tidak menyokong sistem operasi iOS dan juga Windows Phone. 


    Perbezaan ketara yang kita boleh lihat melalui aplikasi Molome ini adalah ia memberikan anda pilihan untuk mengongsikan gambar yang telah diambil mahupun diedit ke akaun media sosial anda seperti Facebook, Twitter, Flickr, Tumblr, DropBox dan banyak lagi. Walaupun efek filter yang sedia ada di dalam Molome tidaklah sehebat Instagram, namun ia mampu menarik minat pengguna Nokia dan Blackberry di luar sana. 


    Terdapat juga sistem lencana (badge) seperti Foursquare di dalam Molome di mana anda perlu mendapatkan sebanyak mana lencana di dalam aplikasi ini untuk membuka filter-filter yang terbaru dan menarik. Anda juga boleh memberikan 'Love' sekiranya anda menyukai sesuatu gambar yang telah dikongsikan. Gambar yang mendapat minimum sebanyak 5 'Love' akan dipamerkan di ruangan gambar Popular untuk dilihat oleh semua pengguna Molome di dunia Internet.
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain