• Peranti Nokia-Windows Phone 8 pertama


    Setelah Microsoft memperkenalkan sistem operasi Windows Phone 8 kepada dunia, mereka sekali lagi dikatakan bakal memperkenalkan telefon bimbit pertama yang akan menggunakan sistem operasi ini. Rakan niaga terbarunya, Nokia akan menjadi pengeluar pertama Windows Phone 8 di mana ia akan diumumkan pada 5 September ketika Nokia World Summit, Finland. Ada ura-ura mengatakan bahawa telefon bimbit terbaru ini akan diberi nama Lumia 910, Lumia 920, Lumia 950 ataupun Lumia 1001. Nama-nama ini telah menjadi bualan ramai apabila ia mula kelihatan di laman web developer tools Nokia. 


    Windows Phone 8 bakal membawakan fungsi kamera yang telah dinaik taraf termasuk efek lensa dan filter. Sistem GPSnya yang popular iaitu Nokia Maps juga menerima kemaskini terbaru dengan adanya mode 3D. Menariknya, sistem operasi ini juga bakal membolehkan penggunannya menghantar dan menerima fail menerusi hubungan Bluetooth. Namun, perlu diingatkan kepada semua yang kemaskini Windows Phone 8 tidak akan diterima oleh pengguna Windows Phone 7.5 yang sedia ada. Ini termasuklah peranti Lumia 800, Lumia 900, Lumia 710 dan Lumia 610. Walau bagaimanapun, Nokia telah mengumumkan peranti-peranti ini akan menerima kemaskini yang berasingan iaitu Windows Phone 7.8 dalam masa terdekat.
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain