• PricePanda Memudahkan Pencarian Gajet di Internet


    Bagi mereka yang gemar membeli barang secara Online, mengenal pasti laman web mana yang memberikan harga terendah untuk sesuatu barang sememangnya satu kerja yang amat melecehkan. Namun kini dengan adanya laman web PricePanda, anda tak perlu lagi bersusah payah kerana ia akan membantu anda untuk membandingkan laman web mana yang menawarkan harga terendah untuk barang yang ingin dibeli terutamanya telefon bimbit dan barangan berkaitan IT.


    Katakan anda ingin membeli sebuah Samsung Galaxy S3, PricePanda akan membuat semakan ke atas laman-laman web yang menjual telefon bimbit ini dan menyenaraikannya bagi anda mengenal pasti laman web manakah yang menawarkan harga terendah. Buat masa ini ia hanya mampu membuat semakan ke atas laman web popular seperti Lazada, Mobile MegaMall, YouBeli, dan banyak lagi. Ia tidak mampu menyenaraikan barang yang ditawarkan di Mudah.my mahupun Forum Lowyat. Boleh dikatakan hampir kesemua barang disenaraikan oleh PricePanda adalah barang yang baru dan bukannya 2nd hand.
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain