• Sony Xperia Tipo Dual - Bakal muncul tak lama lagi


    Nampaknya HTC Desire V bukanlah satu-satunya telefon bimbit Android yang menggunakan dua kad SIM pada satu masa. Pihak Sony juga dilihat sudah mula mengikuti jejak langkah HTC kerana mereka juga bakal mengeluarkan telefon bimbit Android dua kad SIM yang diberi nama Xperia Tipo Dual. Walaupun nama telefon ini agak pelik, namun jangan sesekali anda memandang rendah telefon bimbit yang kecil ini. Ia bakal dilengkapi dengan Ice Cream Sandwhich dengan cip pemprosesan sebesar 800 MHz berserta 512 MB RAM. 



    Saiznya yang agak kecil dan comel sudah pasti akan menarik perhatian mereka yang inginkan telefon bimbit yang tidak terlalu canggih namun tidak terlalu lapuk ditelan zaman. Sayang sekali ia hanya mempunyai 3.2 Megapixel kamera sahaja. Jika anda peminat Xperia Mini, telefon bimbit ini mungkin menjadi pilihan anda. Harganya dianggarkan pada lingkungan RM500 ke bawah jika melihat pada spesifikasi yang telah dinyatakan. 
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain