• Telefon dan SMS dengan iPod Touch


    Pernahkah anda terfikir bagaimana hendak membuat panggilan telefon ataupun menghantar SMS dengan menggunakan iPod Touch 4G? Ada yang mencadangkan kita untuk menggunakan aplikasi Internet Voice Calls seperti Skype. Namun ia masih belum mampu menyelesaikan masalah ini kerana aplikasi sebegini memerlukan Internet untuk digunakan sepenuhnya.


    Tahukah korang peranti yang diberi nama GMate keluaran Skyroam ini mampu membolehkan anda membuat panggilan telefon mahupun SMS dengan menggunakan iPod Touch bersama kad sim telefon biasa?  Yup peranti ini mampu menjadikan iPod Touch kepada iPhone. Menarik kan?


    Jika dilihat dengan teliti, GMate ini sangat ringan dan nipis. Ia boleh diletakkan di dalam poket seluar anda dan mudah dibawa ke mana-mana. Dengan menggunakan fungsi Bluetooth yang sedia ada pada iPod Touch, GMate bertindak sebagai pembaca kepada kad sim bagi membolehkan iPod Touch anda menerima panggilan. Kedua-dua peranti ini perlu berada berhampiran bagi ia berfungsi dengan baik. Mengikut ujian yang telah dibuat, jaraknya tidak boleh lebih daripada 2 meter. Agak jauh juga sebenarnya.

    Anda perlu membuat 'jail break' pada iPod Touch anda dan memuat turun aplikasi GMate melalui Cydia sebagai persediaan untuk menggunakan fungsi ini. Secara keseluruhan GMate sememangnya dapat berfungsi dengan baik dalam membuat panggilan mahupun menghantar SMS. Walaupun ia juga mampu bertindak sebagai modem Internet untuk iPod Touch anda, namun kelajuannya amat rendah kerana ia menggunakan GPRS dan bukannya 3G. Jika berminat, buat masa ini korang boleh dapatkan di Mudah.my dengan harga RM 280. Tak pun boleh beli direct je dengan company Skyroam ni di sini. 
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain