• Xperia Go - Telefon Android Paling Tahan Lasak


    Xperia Go keluaran daripada Sony merupakan telefon bimbit Android yang pertama yang kalis air dan anti habuk dan pasir. Kebanyakkan video di Youtube telah berjaya membuktikan bahawa ia mampu berfungsi walaupun anda sedang berenang di kolam renang. Jika anda sering berkunjung ke pantai ataupun banyak melakukan aktiviti-aktiviti lasak, telefon bimbit mungkin amat bersesuaian dengan anda. Bayangkan jika telefon bimbit anda sudah kotor terkena pasir mahupun tanah, anda boleh membilas Xperia Go ini dengan hanya membilas dengan air bersih walaupun ia dalam keadaan masih hidup.



    Walau bagaimanapun, Xperia Go mempunyai spesifikasi yang rendah berbanding telefon bimbit Android di luar sana. Ia menggunakan cip pemprosesan 1GHz Dual-Core dan 512MB RAM yang dilengkapi dengan Android Ice Cream Sandwich. Saiz skrinnya berukuran 3.5 inci dan hanya seberat 110 gram sahaja. Bagi spesifikasi kamera, ia dibawakan bersama LED flash dengan lensa 5 Megapixel sahaja. Tidak pasti lagi sama ada telefon ini bakal menerima kemaskini terbaru Jelly Bean ataupun tidak. Mereka yang bekerja di persekitaran yang lasak, kotor, berair dan berdebu pastinya akan menjadikan telefon ini sebagai salah satu pilihan mereka. Malah harganya agak murah iaitu pada RM999 sahaja.
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain