• Antaramuka baru untuk SkyDrive


    Microsoft telah melancarkan antaramuka baru untuk laman web SkyDrive mereka selari dengan kedatangan Windows 8 tidak lama lagi. Reka bentuk SkyDrive yang terbaru dilihat lebih menyerupai Metro UI dan disesuaikan untuk pengguna tablet mahupun komputer peribadi. Ia juga kelihatan lebih bersih dan mudah digunakan oleh semua pengguna. Ini sudah pasti akan menjadi pesaing hebat buat kemudahan simpanan awan (cloud storage) yang lain seperti Dropbox. Bukan itu sahaja, kemaskini pada aplikasi SkyDrive untuk sistem operasi Windows dan OS X yang menjanjikan proses muat naik yang lebih cepat dan efisyen. 


    Berita baik juga buat semua pengguna Android dan iOS di luar sana, di mana selepas ini anda boleh memuat turun aplikasi rasmi SkyDrive ke dalam telefon pintar atau tablet anda. Ini bermakna bukan hanya pengguna Windows Phone sahaja yang boleh menggunakannya. Nampaknya selepas ini lebih ramai yang akan menggunakan SkyDrive apabila ia dintegrasi sekali dengan fungsi komen dan chat di dalam Windows.
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain