• Apesal.com - Bantuan tingkatkan trafik blog



    Entri kali mungkin agak klise di kalangan penulis laman blog di luar sana kerana sudah banyak blog yang telah menggunakannya. Apesal.com merupakan sebuah laman web buatan anak Malaysia yang membantu laman-laman blog di luar sana untuk meningkatkan trafik melalui perkongsian entri. Ia umpama gedung entri di mana ia mempromosikan laman-laman blog yang baru mahupun tidak terkenal dengan mudah. 

    Jadi, bagaimanakah ia berfungsi? Anda perlu mendaftar di laman web Apesal.com dan meletakkan widget mereka ke dalam blog anda. Widget ini bertindak sebagai pengiklanan entri-entri daripada laman blog yang lain. Apabila telah selesai, anda perlu memasukkan salah satu entri blog anda ke dalam pangkalan data Apesal.com. Melalui ini, entri anda akan diperlihatkan di laman blog yang lain. Sehari, anda hanya dibenarkan meletakkan 2 entri sahaja. Dengan konsep perkongsian inilah yang dapat membantu menaikkan trafik ke dalam blog anda. 


    Walau bagaimanapun, terdapat had yang telah ditetapkan bagi trafik iaitu nisbah pertukaran (exhange ratio) tidak boleh melebihi 300%. Terdapat graf statistik di dalam Apesal.com bagi memudahkan anda melihat status terkini nisbah pertukaran pautan untuk laman blog anda. Bagi yang berminat, anda boleh layari laman web Apesal.com untuk mendaftar.
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain