• Aplikasi Youtube akan dikeluarkan daripada iOS 6


    iOS 6 beta yang dikeluarkan semalam telah menimbulkan banyak pertanyaan di kalangan pengguna sistem operasi tersebut. Mana tidaknya kerana mereka tidak menemui ikon dan aplikasi Youtube seperti yang terdapat di dalam iOS sebelumnya. Menurut pihak Apple sendiri, mereka tidak lagi meletakkan aplikasi Youtube kerana lesennya sudah pun tamat tempoh dan mereka tidak berminat untuk memperbaharuinya semula. Para peminat Apple sudah pastinya bersedih dengan berita ini kerana Youtube merupakan salah satu aplikasi wajib yang patut ada di dalam sebuah telefon bimbit pintar mahupun tablet.


    Anda boleh menarik nafas lega kerana mengikut kenyataan Apple, Google sedang membina aplikasi Youtube untuk iOS mereka sendiri bagi menggantikan aplikasi yang sedia ada ini. Kemungkinan besar pilihan ini adalah lebih baik kerana Google sendiri akan bertanggungjawab untuk mengemaskini aplikasi Youtube di masa akan datang. Buat sementara waktu, anda masih lagi melihat video di dalam Youtube menerusi pelayar Safari.


    Sumber informasi : GSMArena
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain