• Apple bakal memperkenalkan iPad mini dan iPhone 5


    Mengikut sumber daripada AllThingsD, Apple bakal memperkenalkan iPad mini pada bulan Oktober ini, sebulan selepas pelancaran iPhone generasi terbaru pada bulan hadapan. Walaupun berita ini masih belum disahkan oleh pihak Apple sendiri, namun perkara ini mungkin terjadi bagi mengelakkan sebarang persaingan penjualan antara iPad mini dan juga iPhone 5. iPad mini dikatakan bakal memiliki skrin bersaiz 8 inci, sedikit kecil berbanding iPad biasa dan sesuai untuk digunakan untuk membaca, bermain game, menonton video ataupun melayari laman web.



    Seperkara lagi, pihak TechCrunch juga meramalkan bahawa iPhone generasi terbaru bakal mula dijual bermual 21 September 2012 di Amerika. Perkara ini mungkin terjadi kerana jika dilihat pada tahun lepas, iPhone 4S telah mula dijual seminggu selepas pengumuman dibuat kepada umum. 

    Satu lagi berita yang juga bakal mengujakan peminat-peminat setia Apple adalah kemunculan gambar kabel mini yang akan digunakan oleh iPhone 5. Walaupun kabel ini kelihatan seperti produk buatan pihak ketiga, ia menampakkan 8 pin penyambung berbanding 30 pin penyambung yang terdapat pada kabel yang sedia ada.
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain