• Bahang iPhone 5 - Pengguna mula menjual balik telefon


    Walaupun iPhone 5 masih belum diumumkan, namun bahang ketibaan peranti yang dinantikan ramai ini semakin terasa apabila pengguna-pengguna telefon pintar di seluruh dunia mula menjual balik (trade-in) peranti mereka sebagai persediaan untuk membeli produk terbaru daripada Apple. Majlis pelancaran iPhone 5 dikatakan bakal diadakan pada 12 September ini. Mengikut sumber daripada BGR.com dan Mobile88.com, eBay telah melaporkan peningkatan sebanyak 70% ke atas penjualan semula (trade-in) telefon pintar di laman web mereka. Semuanya bermula apabila khabar angin iPhone 5 mula tersebar.

    eBay mengatakan kebanyakkan pengguna telah menggunakan sistem eBay Instant Sale di mana pengguna boleh menjual telefon pintar mereka kepada eBay secara terus tanpa melalui apa-apa lelongan atau pembeli yang lain. Mengikut kata wakil daripada eBay, sejak 30 Jun yang lalu, lebih daripada 185,000 jualan balik (trade-in) telah diterima mereka. Berikut adalah 5 telefon pintar tertinggi yang telah dijual melalui eBay Instant Sale:
    1. iPhone 4S 16GB
    2. iPhone 4 8GB
    3. iPhone 4S 32GB
    4. iPhone 3GS 8GB
    5. iPhone 4 16GB
    Ini juga merupakan suatu berita baik kepada Apple kerana pengguna setia iPhone sanggup melepaskan model mereka yang lama untuk mendapatkan model terkini iaitu iPhone 5.
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain