• Celcom memperkenalkan PortaWiFi - Internet mudah alih



    Celcom telah bekerja sama dengan syarikat Huawei untuk memperkenalkan peranti PortaWiFi (Portable WiFi) iaitu sebuah peranti WiFi mudah alih untuk kegunaan peribadi. Celcom telah menggabungkan peranti ini bersama-sama pekej Internet mereka dalam tiga pilihan yang berlainan iaitu Basic (RM68), Advance (RM98) dan Pro (RM138). Harga tawaran buat peranti ini adalah RM159. Menariknya, anda akan menerima sebuah dongle USB, penyesuai/pengecas kereta dan plug 3-pin untuk kegunaan di rumah. Ini bermakna anda boleh menggunakan Internet di mana-mana sahaja tanpa perlu risau akan kehabisan bateri dalam masa yang singkat. 




    Namun perlu diingatkan, apabila anda mendaftar bersama Celcom, anda bakal terikat selama 12 bulan dan sekiranya kontrak ini diingkari, anda perlu membayar RM200 sebagai pampasan. Bagi mereka yang mempunyai kad kredit, anda boleh mendapat penjimatan sebanyak 5% sebulan melalui Auto-Billing. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Celcom.
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain