• Dalton the Awesome - Game awesome untuk Lumia 900


    Bagi pengguna Nokia Lumia 900 di luar sana, anda boleh memuat turun aplikasi permainan Dalton the Awesome ke dalam telefon pintar anda. Permainan ini sememangnya amat menarik kerana anda perlu berlari daripada ditangkap mayat hidup (zombie) sambil mengelak daripada pelbagai halangan yang berada di hadapan anda. Anda mempunyai 3 nyawa sebelum permainan tamat. Percayalah anda pasti akan ketagih apabila mencuba permainan ini. Sebelum ini, Dalton the Awesome telah pun boleh didapati di dalam peranti Symbian dan juga MeeGo. Menariknya aplikasi ini adalah percuma untuk dimuat turun. Jika anda berminat, bolehlah muat turunnya di sini.

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain