• Diskaun 10% ke atas Galaxy S3 sempena Lee Chong Wei


    Nampaknya berita tentang kehebatan Dato' Lee Chong Wei di Olimpik London 2012 semakin bersemarak apabila beliau telah disambut dengan penuh meriah di KLIA pada pagi tadi. Walaupun beliau tidak memenangi pingat emas dalam acara perseorangan badminton, beliau telah dianggap sebagai wira di mata rakyat Malaysia atas kesungguhan dan semangat yang ditonjolkan terutamanya semasa perlawanan akhir tempoh hari. Sehubungan dengan itu, pihak Samsung Malaysia telah bermurah hati untuk mengumumkan potongan 10% ke atas setiap pembelian Samsung Galaxy S3 pada hari esok (8 Ogos 2012). Ini merupakan cara mereka menyambut kepulangan seorang wira dengan mengongsikan berita gembira kepada semua rakyat Malaysia.



    Berita ini diumumkan melalui laman sosial Facebook Samsung Malaysia semalam. Hanya 35 Samsung Elite Partners (SEP) sahaja yang bakal turut serta dalam kempen ini. Bagi mereka yang berminat untuk membeli Samsung Galaxy S3 sambil menunjukkan sokongan dan terima kasih kepada Dato' Lee Chong Wei, anda boleh lihat lokasi SEP berdekatan anda di sini. 
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain