• Pecah masuk Face Unlock Jellybean dengan mudah


    Fungsi Face Unlock yang didatangkan bersama-sama dengan Android Ice Cream Sandwich sememangnya menarik perhatian ramai peminat setia sistem operasi tersebut. Ia memudahkan pengguna untuk membuka kunci telefon bimbit tanpa perlu menekan apa-apa kata laluan. Walau bagaimanapun, ciri ini mempunyai kelemahan utama iaitu anda tetap boleh membuka peranti tersebut dengan hanya menggunakan gambar empunya telefon bimbit berkenaan. Kelemahan ini telah diatasi dengan kemunculan 'Liveness Check' dalam Jelly Bean. Sistem ini lebih berkesan kerana ia mengesan pergerakan kelopak mata anda sebagai kawalan keselamatan.



    Namun, sekali lagi idea ini telah pun berjaya di-bypass oleh sekumpulan penggemar gajet. Dengan hanya menggunakan gambar empunya telefon bimbit itu dari Facebook dan aplikasi Paintbrush, mereka mampu memecah masuk ke dalam peranti JellyBean tanpa sebarang masalah. Cuba lihat video di atas bagaimana mereka boleh lakukan dalam masa singkat.
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain