• Galaxy Note terbaru pada 29 Ogos


    Pengumuman tarikh yang dinanti-nantikan buat peminat setia Samsung telah menjadi kenyataan kerana pada 29 Ogos 2012 ini, Samsung bakal mengadakan acara Samsung Mobile Unpacked 2012 yang akan berlangsung di Berlin, Jerman. Acara yang juga diberi nama IFA 2012 bakal memperlihatkan peranti terbaru Samsung iaitu Galaxy Note 2. Telefon bimbit pintar ini dikatakan bakal menggunakan cip pemprosesan hampir sama dengan Samsung Galaxy S3 iaitu empat teras (quad core) Exynos 1.6GHz. Mungkin juga kita bakal melihat kemaskini pada stylus Note. Berikutan tidak terdapat banyak khabar angin mengenai peranti terbaru Samsung, maka kita amat teruja untuk melihat apa yang bakal dipersembahkan oleh Samsung pada hari tersebut.
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain