• Gambaran awal Windows Phone 8 Nokia


    Mungkinkah gambar di atas adalah rupa telefon bimbit terbaru daripada Nokia yang bakal menggunakan Windows Phone 8? Gambar ini telah diambil daripada laman web WPDang.com dan masih dipertikaikan sama ada ia adalah sahih ataupun tidak. Jika diteliti semula, peranti ini hampir menyerupai Lumia 900 namun terdapat sedikit perbezaan yang ketara pada logo Nokia yang diletakkan di bahagian atas kiri dan juga warnanya. Ini kerana Lumia 900 hanya terdapat dalam empat warna sahaja iaitu putih, hitam, magenta dan cyan. Dari segi keluasan skrin, ia tampak lebih besar daripada mana-mana peranti Windows Phone daripada Nokia.



    Satu lagi faktor yang menimbulkan kesangsian adalah Nokia pernah mengumumkan yang mereka akan mengeluarkan kemaskini Windows Phone 7.8 untuk peranti Lumia terdahulu dengan reka bentuk sistem operasi menyerupai Windows Phone 8. Sejauh mana kebenaran gambar-gambar di atas ini masih belum boleh disahkan lagi. Caranya cuma satu sahaja, nantikan pengumuman daripada Nokia sendiri pada 5 September 2012 ketika majlis Nokia World Summit di Finland.
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain