• Google perkenalkan sokongan carian suara untuk iOS


    Seperti yang kita sedia maklum, Google telah memperkenalkan aplikasi sokongan carian suara untuk sistem operasi Android terbaru iaitu Jelly Bean. Malah pengguna Galaxy Nexus dan Nexus 7 merupakan peranti terawal yang menggunakan sistem berkenaan. Perbandingan juga telah dibuat melalui Yotube di mana Siri (carian suara iOS) telah teruk dibelasah oleh carian suara Google. Kini, pengguna iPhone, iPad atau iPod Touch di luar sana tidak perlu bersedih lagi kerana pihak Google telah mengumumkan bahawa mereka akan membawakan sokongan carian suara ini kepada iOS juga. 

    Yang menariknya, ia bakal boleh dimuat turun oleh pengguna iOS dalam beberapa hari lagi di mana lebih pantas daripada mana-mana peranti Android yang masih menggunakan versi Ice Cream Sandwich ke bawah. Tindakan bijak daripada Google ini sudah pasti akan menarik minat ramai peminat iOS di luar sana. Walau bagaimanapun, pihak Google masih belum menerangkan secara terperinci apakah iOS akan menerima fungsi yang sama seperti yang terdapat di dalam Android Jelly Bean. Malah, pihak Apple juga masih berdiam diri walaupun pengumuman ini boleh memberi kesan pada Siri.
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain