• Google Translate - Terjemahan terus daripada kamera


    Google telah memperkenalkan Google Trasnlate dengan sokongan kamera buat semua pengguna telefon pintar di luar sana. Seperti semua sedia maklum, Google Translate membolehkan anda menterjemah sesuatu bahasa ke bahasa lain dengan mudah dan pantas namun anda perlu menaip perkataan itu di Internet. Dengan adanya fungsi tambahan yang menyokong kamera, kini anda hanya perlu menghalakan kamera anda ke atas perkataan yang ingin diterjemahkan. Perlu diingatkan juga bahawa aplikasi ini memerlukan Internet untuk berfungsi. Amat mudah tanpa perlu menaip perkataan yang ingin diterjemah. Kemaskini terbaru Google Translate ini juga menyokong bantuan suara di mana ia boleh menerima ayat yang diucapkan dan secara terus menterjemahkannya mengikut bahasa yang anda kehendaki dan fahami.

    Sumber informasi : Engadget
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain