• Group chat Whatsapp untuk Nokia N9

    Sumber gambar :  http://wazapp.im/

    Nokia N9 mungkin agak kurang popular di kalangan pengguna telefon bimbit di Malaysia, namun tidak ada salahnya jika kita kongsikan maklumat tentang peranti yang amat unik ini. Seperti semua sedia maklum, Nokia N9 menggunakan sistem operasi MeeGo dan tidak mendapat sokongan daripada banyak pereka aplikasi telefon bimbit pintar seperti Whatsapp. Oleh kerana itu, komuniti MeeGo telah berusaha dan berjaya menghasilkan Wazzap, suatu aplikasi tidak rasmi Whatspp buat semua pengguna N9. Menggunakan kod asal Symbian, Wazapp mampu membenarkan pengguna N9 berkomunikasi dengan pengguna Whatsapp lain dengan mudah.


    Walau bagaimanapun, di awal kemunculan Wazzap, terdapat banyak fungsi asal Whatsapp yang tidak disertakan sekali termasuk penghantaran fail media dan mesej berkumpulan (Group Chat). Akhirnya, setelah sekian lama menunggu, terdapat seorang lagi pereka bebas untuk MeeGo, CepiPerez yang telah mengemaskini Wazzap yang asal agar menjadi yang lebih baik. Dengan kemaskini terbaru daripada CepiPerez, pengguna N9 boleh menggunakan Wazzap untuk mesej berkumpulan, mengurangkan kadar kelambatan aplikasi (lag) dan menyelesaikan masalah ketika pendaftaran.

    Bagi mereka yang mempunyai Nokia N9 dan ingin mencuba aplikasi tidak rasmi ini, anda boleh memuat turun fail DEB di sini.

    Kredit kepada Forum Lowyat (Nokia N9 Fan)
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain