Sabtu, 11 Ogos 2012


Nampaknya semakin dekat kita menjelang hari Raya ni, semakin banyak iklan-iklan Raya yang muncul di kaca televisyen seperti daripada Petronas dan Bernas. Kebanyakkan tema iklan adalah lebih kepada kesedihan mereka di kala menyambut ketibaan Syawal. Pihak Telekom Malaysia Berhad (TM) pula mengambil pendekatan yang berlainan dengan memperkenalkan tema "A Raya Love Story" untuk iklan hari Raya mereka. Seperti iklan Raya TM terdahulu, kali ini kita akan dapat melihat sambungan cerita tiga sahabat karib Asri, Mei dan Kumar di mana ia memutikkan bibit-bibit cinta. 


Malah untuk pengetahuan anda, iklan yang disiarkan di kaca televisyen adalah tergantung di mana anda boleh menonton sambungan kisah tiga sahabat karib ini laman web EveryoneConnects.net. Konsep yang agak menarik kerana di laman web ini terdapat bukan hanya satu tetapi empat penamat yang berlainan untuk iklan Raya tahun ini. Anda juga boleh mengundi penamat mana yang anda suka di sana. Mungkinkah cerita tiga sahabat ini tidak akan berakhir di sini sahaja? Jom kita saksikan di EveryoneConnects.net.