• iPhone 5 bakal diumumkan pada 12 September


    Sudah terlalu banyak khabar angin yang telah kita dengar dan lihat mengenai generasi iPhone keluaran Apple sejak dari awal tahun ini. Terbaru, mengikut sumber yang dipercayai iaitu Reuters dan AllThingsD, Apple bakal mengadakan sebuah majlis rasmi untuk pelancaran peranti-peranti terbaru mereka pada 12 September 2012  (Rabu) ini. Pada majlis yang sama, mereka bakal memperkenalkan iPhone terbaru, iPod Touch generasi terbaru serta kemaskini terkini untuk iPad dan iPod Nano. Bukan itu sahaja, majlis ini bakal berlangsung selama seminggu bermula 10 September 2012 seperti tahun-tahun sebelum ini.


    Sangkaan awal menjangkakan iPhone 5 bakal mempunyai saiz skrin yang lebih besar daripada yang asal, port connectivity yang lebih kecil, dan juga jack audio yang diubah posisinya ke bawah. Mungkinkah kita bakal melihat saiz ketebalan iPhone yang lebih nipis daripada sebelum ini dengan teknologi cecair besi (liquid metal)?
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain