• Kemaskini Jelly Bean untuk Samsung Galaxy S3


    Android Jelly Bean mungkin sudah lama diperkenalkan kepada dunia namun, hanya beberapa telefon pintar seperti Galaxy Nexus yang telah menerima kemaskini terbaru daripada Google ini. Namun, bilangan peranti yang menggunakan Android Jelly Bean bakal bertambah apabila Samsung Galaxy S3 bakal menerima kemaskini yang serupa tidak lama lagi. Berbanding versi Jelly Bean asal yang terdapat di dalam Galaxy Nexus, kemaskini Galaxy S3 bakal disertakan sekali dengan kemaskini untuk TouchWiz.


    Video di atas merupakan gambaran awal bagaimana kemaskini ini akan kelihatan tidak lama lagi. Kelihatan paparan pengguna (UI) untuk Jelly Bean Galaxy S3 tidak banyak berubah dan hampir menyerupai versi Ice Cream Sandwich yang sedia ada. Sistem notifikasinya menampakkan perubahan yang ketara manakala keseluruhan prestasinya kelihatan lebih lancar. Samsung sememangnya agak lambat dalam memperkenalkan kemaskini terbaru kepada peranti-peranti mereka dan buat masa ini masih tiada lagi pengumuman rasmi bilakah kemaskini akan mula dijalankan. Beberapa pihak membuat andaian yang ia bakal tiba beberapa hari lagi.
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain