• Khabar angin - Skrin kaca Galaxy Note 2 dan WP 8


    Kehangatan kedatangan telefon-telefon pintar baru kian terasa apabila kita menghampiri hari pelancarannya. Samsung bakal membuat pengumuman rasmi mengenai Galaxy Note 2 pada 29 Ogos manakala Nokia dan Microsoft akan membuat pengumuman tentang telefon pintar pertama Windows Phone 8 pada 5 September ini. Terkini, telah tersebar pula gambar-gambar yang menunjukkan skrin kaca untuk kedua-dua telefon pintar di GSMArena. Gambar di atas menunjukkan pandangan awal untuk skrin kaca Galaxy Note 2. Seperti yang telah digembar-gemburkan, Note 2 bakal mempunyai saiz skrin yang lebih besar berbanding Note yang pertama iaitu sebesar 5.5 inci. 


    Gambar berikutnya pula menunjukkan skrin kaca bagi peranti pertama Windows Phone 8 yang bakal diumumkan oleh Nokia. Saiz skrinnya juga dianggarkan sebesar 4.3 inci. Perkara ini mungkin terjadi kerana Windows Phone 8 mengetengahkan bilangan 'live tiles' yang lebih banyak berbanding Windows Phone sebelum ini. Bentuk skrinnya juga agak berlainan dengan reka bentuk Lumia 800 ataupun 900. Mungkinkah Nokia bakal menggunakan semula reka bentuk asal Lumia 710 untuk Windows Phone 8?
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain