• Laman web Legoland Malaysia



    Legoland Malaysia yang dinanti-nantikan bakal mula beroperasi pada 15 September 2012 ini iaitu sehari sebelum hari Malaysia. Walaupun entri ini agak terlewat, namun buat mereka yang masih tidak tahu, Legoland Malaysia kini sudah pun mempunyai laman web rasmi. Laman web ini menempatkan pelbagai informasi tentang Legoland di Nusajaya, Johor. Antaranya termasuklah harga tiket kemasukan, yuran keahlian tahunan, aktiviti-aktiviti di dalam Legoland Malaysia, serta banyak lagi. Mengikut informasi daripada laman web ini, harga sebuah tiket bagi orang dewasa (sehari) adalah RM140 manakala bagi kanak-kanak dan warga emas, ia bernilai RM110 sahaja. Apa yang pasti taman tema ini bakal menjadi tarikan para pelancong terutamanya daripada Singapura. Jadi apa tunggu lagi. Rancanglah percutian anda di Legoland secepat mungkin sebelum tiket-tiket habis dijual. 
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain