• Metro UI bakal diubah nama


    Mengikut informasi daripada the Verge, Microsoft bakal mengumumkan nama baru untuk Metro UI bagi Windows Phone dan Windows 8 tidak lama lagi. Metro UI sebelum ini telah pun membuka mata banyak pihak ke atas Mircosoft kerana reka bentuknya yang amat unik dengan penggunaan kotak-kotak aktif. Ini amat berbeza sekali daripada Apple dan Google yang sering dikaitkan dengan penggunaan ikon. Metro UI amat berlainan kerana anda boleh melihat kemaskini terkini aplikasi tersebut secara terus daripada kotak-kotak yang dipamerkan tanpa perlu membuka aplikasi berkenaan. Teknologi ini juga telah digelarkan oleh Nokia sebagai "Live Tiles" pada telefon bimbit siri Lumia mereka. Mungkinkah kita bakal mendengar nama terbaru Metro UI ini ketika mereka mengumumkan kedatangan peranti terbaru Microsoft Windows 8 dan Windows Phone 8?
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain