• Nantikan kemunculan Sony Xperia Tablet


    Nampaknya bukan hanya Samsung dan Apple sahaja yang sedang sibuk membuat persiapan untuk melancarkan peranti terbaru masing-masing. Terkini, Sony juga bakal muncul dengan kemaskini tablet mereka yang bakal diberi nama Sony Xperia Tablet. Walaupun pasaran Sony Tablet tidaklah segah iPad mahupun Galaxy Tab, namun terdapat juga peminat-peminat yang setia bersama syarikat daripada Jepun ini. Menurut berita daripada laman web Mobi Flip, unit terbaru ini bakal mempunyai rekaan yang hampir menyerupai Sony Tablet P yang pertama dengan sedikit perubahan pada ketebalan dan juga binaan aluminium.



    Bakal didatangkan dengan skrin sebesar 9.4 inci, ia akan menggunakan Android 4.0 Ice Cream Sandwich dan boleh dikemaskini kepada Jelly Bean. Menariknya, tablet terbaru Sony ini akan mempunyai lebih banyak pilihan termasuk saiz storan 16GB, 32GB atau 64GB. Anda juga boleh memilih sama ada untuk membeli versi 3G + WiFi ataupun WiFi sahaja. Baterinya juga bakal dipertingkatkan kepada 6000mAh beserta cip pemprosesan empat teras (quad core) Tegra ketiga. Terdapat juga aksesori tambahan yang hampir menyerupai konsep  Microsoft Surface di mana pelindung (cover) boleh bertindak sebagai papan kekunci untuk tablet.

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain