• Nokia bakal perkenalkan Nokia Arrow?


    Setelah Samsung memperkenalkan Galaxy Note 2 pada awal pagi tadi, peminat-peminat telefon pintar kini mula mengalih perhatian kepada Nokia pula kerana mereka bakal memperkenalkan telefon pintar Windows Phone 8 hasil kolaborasi bersama-sama dengan Microsoft. Berbanding Galaxy Note 2, tidak terdapat banyak khabar angin yang menceritakan tentang apakah spesifikasi telefon pintar terbaru daripada Nokia ini. Buat masa ini beberapa gambar telah tersebar di Internet yang mendakwa bahawa peranti baru daripada Nokia ini bakal diberi nama Nokia Arrow. Berdasarkan gambar di atas, ia bakal memiliki 5 warna yang berlainan iaitu merah, kuning, biru, putih dan juga hitam. Bentuknya pula hampir menyerupai Nokia Lumia 800, 900 dan N9 namun diberikan sedikit lengkungan di bahagian sisi.


    Ada juga yang membuat andaian awal bahawa Nokia bakal menggabungkan teknologi PureView ke dalam Windows Phone 8. PureView merupakan teknologi kamera daripada Nokia dalam menghasilkan gambar yang sangat jelas dan tidak pecah tanpa meningkatkan saiz fail gambar yang telah ditangkap. Satu-satunya telefon yang menggunakan teknologi ini adalah Nokia PureView 808. Sesetengah pihak mengandaikan bahawa telefon pintar Windows Phone 8 daripada Nokia akan menggunakan kamera sebesar 21 megapixel sahaja berbanding 41 megapixel yang sedia ada pada PureView 808. Ap yang pasti, sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi daripada Nokia pada 5 September ini 
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain