• Nokia menguasai pasaran Windows Phone


    Nokia sememangnya sudah diketahui telah menumpukan perhatian mereka sepenuhnya pada sistem operasi Windows Phone sejak pengenalan peranti Nokia Lumia 800 dan 710. Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Localystic, Nokia telah menjadi pengeluar peranti Windows Phone paling popular buat masa kini dengan peratusan 59%. Angka ini amat besar jika dibandingkan dengan pengeluar yang lain seperti Samsung, dan juga HTC. Jika dilihat pada trend statistik ini juga, Nokia diramal bakal memegang takhta pengeluar terbesar Windows Phone di masa akan datang. Malah ramai juga yang menjangkakan Nokia bakal memperkenalkan peranti Windows Phone bersama-sama kamera Pure View pada 5 September ini. Sekiranya perkara ini terjadi, sudah pasti ramai yang akan mula mengalih perhatian mereka kepada sistem operasi ini.

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain