• Nokia N9 bakal boleh menggunakan Android Jelly Bean


    Buat masa kini hanya 10% peranti Android sahaja yang menggunakan versi Jelly Bean di seluruh dunia. Namun, ia tidak menghalang pemaju bebas untuk membawakan versi terkini Android ini kepada Nokia N9. Sebelum ini, Nokia N9 yang menggunakan sistem operasi MeeGo, sememangnya boleh menjalankan versi Ice Cream Sandwich dengan beberapa had seperti tiada sokongan sistem mikrofon dan kamera. Untuk versi Jelly Bean, masih tiada lagi kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pemaju bebas ini namun, daripada video yang diperlihatkan, peranti ini tampak mampu menjalankan Jelly Bean tanpa sebarang masalah. Bagi yang berminat untuk mengikuti perkembangan projek Nitdroid (peralihan MeeGo kepada Android), anda boleh melayari laman forum mereka di sini

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain