• Order McDonald di Internet


    Akhirnya McDonald telah pun melancarkan laman web rasmi McDelivery bagi memudahkan para pelanggannya untuk membuat tempahan melalui Internet sahaja. Konsep ini hampir menyerupai konsep yang digunakan oleh pihak Dominos untuk pesanan pizza mereka. Buat masa ini, hanya pelanggan di sekitar negeri Selangor dan Kuala Lumpur sahaja yang berpeluang untuk menggunakan sistem pesanan sebegini. Mengikut informasi yang diberikan, hanya 40% McDonald yang memberikan perkhidmatan McDelivery. Anda boleh melihat senarainya di sini. Mungkin akan ada penambahan tidak lama lagi.


    Apa yang menarik di sini adalah laman web ini menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pertama manakala Bahasa Inggeris sebagai bahasa pilihan. Bagi yang ingin memesan, perlu diingatkan bahawa potongan harga pada McValue Lunch tidak diterima bagi pesanan melalui Internet. Anda boleh memesan melalui McDelivery ini bila-bila masa sahaja kerana kemudahan ini disediakan 24 jam dan 7 hari seminggu. Apabila setiap pesanan dibuat, laman web ini akan menunjukkan jangkaan masa yang diperlukan oleh mereka untuk membuat penghantaran. Nampaknya ada juga yang akan bersahur dengan memesan melalui McDelivery pada esok pagi.
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain