• OUYA - Konsol permainan berasaskan Android


    Ramai yang sudah biasa dengan permainan konsol seperti Xbox, Play Station 3 dan Nintendo Wii. Setiap konsol-konsol ini mempunyai persamaan yang ketara iaitu sistem yang tidak boleh diubahsuai oleh penggunanya. Oleh kerana itu, Julie Uhrman, seorang veteran dalam industri permainan (gaming), telah mencipta OUYA. OUYA merupakan sebuah konsol permainan yang menggunakan Android bagi menjadikan ia konsol terbuka pertama di dunia. Konsol ini pastinya menarik minat penggodam-penggodam di seluruh dunia kerana mereka boleh mengubahsuai OUYA mengikut citarasa mereka. Di samping itu, reka bentuk konsol ini juga amat menarik dan unik berbanding konsol-konsol yang lain.


    Bermula pada bulan September ini, para pengguna boleh mula menempah nama pengguna untuk OUYA  termasuklah ID pemain, dan tag permainan. Sudah pasti ramai yang akan berebut-rebut untuk menempah seawal yang mungkin. Persoalannya adakah pereka permainan konsol yang sedia ada bakal membawa masuk permainan mereka ke dalam OUYA?
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain