• OwnFone - Telefon bimbit untuk kanak-kanak


    OwnFone merupakan sebuah telefon bimbit yang kecil, mudah dan murah yang direka khas untuk kanak-kanak dan juga warga emas. Tidak seperti telefon bimbit yang lain, OwnFone tidak memiliki sebarang skrin. Ia hanya dilengkapi dengan butang-butang fungsi (function button) bagi membolehkan anda menjawab panggilan serta membuat panggilan ke atas beberapa nombor yang terpilih. Fungsinya amat asas kerana ia hanya bertindak sebagai telefon sahaja, malah SMS juga tidak boleh diterima melalui peranti ini.


    OwnFone membenarkan anda meletakkan sehingga 12 nama di atasnya namun ia tidak boleh diubahsuai melainkan anda meminta untuk sebuah OwnFone yang baru. Telefon yang amat ringkas ini amat tahan lasak dan boleh dibawa ke mana sahaja serta baterinya mampu bertahan dengan lebih lama. Rasanya OwnFone ini amat sesuai untuk pelajar-pelajar di sekolah kerana fungsinya yang sangat asas. Jika Kementerian Pelajaran hendak membenarkan para pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah, mungkin OwnFone boleh dijadikan sebagai satu-satunya telefon bimbit yang dibenarkan. Buat masa ini, ia masih lagi belum boleh didapati di Malaysia.
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain