• Pengganti One X - HTC One X+

    Berikutan kebanyakkan pengeluar telefon pintar seperti Samsung, Apple dan Nokia bakal mengeluarkan produk terbaru mereka pada bulan Ogos dan September ini, pihak HTC juga tidak mahu ketinggalan demi mengekalkan jajahan mereka di dalam dunia telefon pintar. Mengikut informasi daripada CNET, HTC akan mengeluarkan sebuah telefon pintar yang lebih pantas untuk menggantikan HTC One X seawal bulan Oktober ini. 

    Mereka telah membuat andaian bahawa ia akan diberi nama HTC One X+ dengan spesifikasi cip pemprosesan empat teras (quad core) 1.7GHz Tegra 3. Malah ia juga akan dijanakan dengan Android 4.1 Jelly Bean. Satu lagi fungsi tambahan yang bakal menarik minat ramai adalah teknologi ClearVoice yang akan diperkenalkan bagi meningkatkan kualiti panggilan. Bateri juga akan digantikan bagi membolehkan ia bertahan dengan lebih lama. Kesemua aksesori HTC One yang asal akan boleh dipakai semula pada HTC One X+ yang baru. Adakah ini bermakna HTC One X+ bakal mempunyai reka bentuk yang sama dengan One X? Tarikh jangkaan ia akan dijual di pasaran UK adalah pada 1 Oktober 2012.
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain