• Pink Bird - Karekter baru dalam Angry Bird Seasons


    Rovio bakal memperkenalkan kemasikini terbaru untuk Angry Bird Seasons tidak lama lagi dengan kemunculan karekter baru iaitu Pink Bird. Mengikut analisa dalam video yang telah dimuat naik, Pink Bird berkebolehan untuk meniup buih-buih belon berbahaya kepada musuh-musuhnya iaitu babi hijau. Jika dibandingkan dengan kawan-kawan Angry Bird yang lain, Pink Bird kelihatan lebih comel di samping mempunyai bulu mata bagi menyerlahkan keayuannya. 


    Pihak Rovio turut menukar gambar Twitter mereka kepada Pink Bird bagi mempopularkan karekter ini ke seluruh dunia. Nampaknya Pink Bird bakal menjadi kegilaan ramai selepas ini terutamanya kalangan wanita dan perempuan. Bayangkan berapa ramai yang ingin memiliki patung comel Pink Bird selepas ini. Buat masa ini Rovio masih lagi berdiam tentang tarikh kemaskini Angry Bird Season yang sebenar. Yang pasti ia akan muncul sebelum hujung tahun ini.
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain