• Pinterest kini boleh didapati di dalam Android dan iPad


    Aplikasi yang kian menjadi popular di seluruh dunia iaitu Pinterest kini boleh dimuat turun ke dalam peranti-peranti Android dan juga iPad mulai pada hari ini. Ini sudah pasti bakal mengembirakan pengguna Samsung, HTC dan juga Sony di luar sana kerana sebelum ini ia hanyalah eksklusif buat pengguna iPhone sahaja. Pinterest merupakan sebuah pinboard maya di mana ia membenarkan anda untuk menyusun dan berkongsi kepada semua apa sahaja benda menarik yang dijumpai di Internet. Hampir menyerupai Instagram, Pinterest membolehkan anda untuk menemui benda-benda menarik lain yang dijumpai oleh rakan-rakan anda. 

    Kebanyakkannya menggunakan Pinterest untuk merancang perkahwinan, menghias rumah dan juga berkongsi resepi masakan mereka. Anda boleh mendapatkan aplikasi Pinterest di Google Play untuk Android, dan App Store untuk iPad dan iPhone.
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain