• Reka bentuk Nano SIM untuk iPhone 5


    Semua peminat Apple pastinya sudah mendengar khabar berita bahawa iPhone 5 bakal diumumkan pada bulan September depan. Malah semakin banyak gambaran awal yang mula diperlihatkan di Internet terutamanya daripada China. Terkini, telah tersebar gambar yang menunjukkan perbandingan antara kad Nano SIM dan Mikro SIM. Seperti yang dijangkakan reka bentuknnya tampak lebih kecil berbanding Mikro SIM. Tujuan utama saiznya dikecilkan adalah bagi mengurangkan saiz peranti. Menariknya, iPhone 5 bakal menjadi telefon bimbit pintar yang pertama di dunia menggunakan kad Nano SIM. Ini pastinya bakal membuatkan penggemar iPhone di luar sana teruja. Buat masa ini, kita masih lagi tertanya-tanya sama ada kad Nano SIM ini bakal membawakan keistimewaan yang berbeza daripada kad-kad SIM terdahulu.

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain