• Rekaan unik Dell XPS Duo 12 untuk Windows 8


    Kita mungkin sudah biasa mendengar peranti yang menggabungkan tablet bersama laptop daripada Samsung dan juga Asus. Kini Dell juga ingin turut serta dalam memperkenalkan peranti Windows 8 mereka kepada dunia dengan ciri yang sama. Peranti terbaru daripada Dell ini diberi nama XPS Duo 12. Ia sangat unik kerana berbeza dengan Samsung dan Asus, peranti ini boleh dipusingkan secara menegak tanpa perlu mencabut skrin LED laptop. Sebenarnya rekaan ini pernah digunakan oleh Dell pada peranti terdahulu mereka iaitu Dell Inspiron Duo.

    Dell XPS Duo 12 ini mempunyai skrin bersaiz 12.5 inci dengan fungsi skrin sentuhan (touch screen). Cip pemprosesannya pula dikatakan bakal menggunakan Core i7 dengan papan kekunci bercahaya (backlight keyboard). Skrinnya juga menggunakan Gorilla Glass bagi membolehkannya lebih tahan lasak dan sukar dicalarkan. Dell tidak mengumumkan secara rasmi apakah spesifikasi utama peranti ini namun ia dikhabarkan mampu bertahan selama 20 jam dengan penggunaan secara berterusan. Peranti ini akan mula dikeluarkan apabila Windows 8 ia dilancarkan secara rasmi oleh Microsoft tidak lama lagi.

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain