• Samsung Galaxy Camera dengan 16.3 megapixel


    Selain daripada Galaxy Note 2 yang menjadi bualan ramai, Samsung turut memperkenalkan Galaxy Camera pada majlis IFA tempoh hari. Uniknya, ia merupakan kamera pertama daripada Samsung yang menggunakan Android sepenuhnya. Malah bukan itu sahaja, Android yang digunakan adalah versi terkini iaitu Jelly Bean 4.1. Kamera ini mempunyai 16.3 megapixel dengan sensor CMOS Back Ilumminated (BSI). Ia memiliki 21x lensa zoom beserta flash sedia ada. HSPA, WiFi dan Bluetooth juga dilengkapkan bersama dengan 8GB storan dalaman. Jika 8GB masih belum mencukupi, anda boleh menambah storan dengan menggunakan kad microSD. 


    Bahagian belakang kamera ini kelihatan hampir menyerupai sebuah telefon bimbit di mana ia menggunakan skrin HD sebesar 4.8 inci dengan saiz pixel 1280 x 720. Sama seperti peranti Android yang lain, Galaxy Camera membenarkan anda untuk mengakses Google Play Store di samping mengongsikan gambar anda ke laman sosial media di Internet. Walau bagaimanapun, anda tidak boleh membuat panggilan menggunakan kamera ini. Sudah semestinya peranti ini akan mengujakan kaki-kaki fotografi di seluruh dunia kerana anda boleh memuat naik gambar ke dalam Internet dengan pantas melalui aplikasi seperti Facebook, Flickr, Instagram, Pinterest dan banyak lagi.
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain