• Samsung Galaxy Note 10.1 dilancarkan


    Sudah lama kita mendengar berita tentang Samsung Galaxy Note 10.1 di Internet mahupun melalui rakan-rakan. Namun, peranti yang menjadi bualan ramai sebelum ini tiba-tiba menjadi sepi kerana kemunculannya yang agak lambat. Terkini, Samsung akhirnya telah mengumumkan Galaxy Note 10.1 secara rasmi dengan penerangan tentang fungsi-fungsi asas yang terdapat padanya. Ia kelihatan hampir menyerupai Galaxy Note yang asal namun dilengkapi dengan beberapa fungsi tambahan yang pastinya menarik perhatian pengguna di luar sana.



    Peranti terbaru daripada Samsung ini dilengkapi dengan cip pemprosesan empat teras 1.4 GHz Exynos 4412  bersama 2GB RAM. Seperti namanya, ia didatangkan dengan skrin 10.1 inci dengan densiti pixel 149ppi (resolusi skrin 1280x800). Didatangkan dalam 3 versi saiz storan yang berlainan iaitu 16GB, 32GB dan 64GB, ia pastinya akan menjadi kegilaan ramai kerana ia turut disertakan bersama dengan S Pen. Jika diteliti pada video di atas, Samsung Galaxy Note 10.1 membenarkan anda membuka S Note dan pelayar Internet secara serentak bagi memudahkan anda menulis nota. Peranti ini sememangnya menggunakan kelebihan yang ada pada skrin 10.1 dengan sepenuhnya. Aplikasi eksklusif yang turut disediakan adalah S Note, S Planner, Crayon physics, Adobe® Photoshop® Touch, dan Polaris Office. Mengikut kenyataan media, peranti ini bakal mula dijual di seluruh dunia pada bulan ini. Tidak pasti sama ada Malaysia juga termasuk di dalam kumpulan ini.
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain