• Samsung Galaxy S Blaze Q - Lancar pada 15 Ogos


    Jarang sekali kita melihat telefon pintar Android beserta papan kekunci yang dikeluarkan oleh Samsung. Namun dengan kemunculan Samsung Galaxy S Blaze Q, pastinya ia akan menarik perhatian ramai pengguna di luar sana terutamanya mereka yang gemarkan papan kekunci yang sebenar. Peliknya, nama telefon pintar yang bakal dilancarkan pada 15 Ogos ini agak panjang dan pelik. Malah ia juga sukar diingati. Kebanyakkan penulis blog di Internet juga telah mempersoalkan adakah tiada nama lain yang lebih sesuai untuk diberikan ke atas peranti ini. Perlukah kita memanggilnya Galaxy S Blaze Q? Galaxy Blaze? ataupun Blaze Q? Mungkin juga ini strategi Samsung untuk menarik perhatian orang ramai di kala kita dipenuhi dengan pelbagai tawaran telefon pintar pada masa kini.

    Berbalik pada spesifikasi telefon pintar ini, ia bakal dilengkapi dengan cip pemprosesan 1.5GHz dua teras Quaualcomm Snapdragon S4 beserta 1GB RAM dan 16GB storan terbina. Di samping itu, telefon pintar ini mempunyai papan kekunci gelangsar (slider) untuk memudahkan anda menaip SMS mahupun emel. Bakal menggunakan sistem operasi Android 4.0 Ice Cream Sandwich bersama 5 megapixel kamera. Apa yang masih menjadi suatu misteri adalah harganya. Sasaran awal mengatakan harga Samsung Galaxy S Blaze Q ini akan menghampiri harga Samsung Galaxy S2 berdasarkan spesifikasi awal yang telah diberikan.
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain