• Samsung Galaxy S3 kini memiliki 4 warna tambahan


    Bagi mereka yang masih belum memiliki Samsung Galaxy S3, berita ini mungkin akan mengujakan anda kerana Samsung bakal mengeluarkan bukan satu atau dua tetapi empat warna tambahan untuk keluarga Samsung Galaxy S3. Empat warna tambahan itu adalah Amber Brown, Garnet Red, Sapphire Black, dan juga Titanium Grey. Ini bermakna Samsung Galaxy S3 boleh dimiliki dalam enam warna yang berbeza. Menarik sekali kerana ini merupakan satu-satunya telefon pintar yang mempunyai banyak pilihan warna buat masa ini. Buat masa ini Garnet Red hanya boleh dimiliki di Amerika namun pihak Samsung mengatakan bahawa mereka bakal membawakan kesemua versi ini ke seluruh dunia. Rambang mata kita lepas ni. Mana satu yang akan anda pilih?




  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain