• Samsung Galaxy S3 versi hitam bakal muncul


    Seperti yang kita sedia tahu, Samsung Galaxy S3 buat masa ini hanya boleh didapati dalam dua warna yang berlainan iaitu Marble White dan juga Pebble Blue. Ramai juga tertanya-tanya mengapakah Samsung tidak memperkenalkan versi hitam di awal kemunculan Galaxy S3? Terbaru, terdapat ura-ura bahawa Samsung Galaxy S3 versi hitam akan diumumkan kepada dunia tidak lama lagi. Mengikut sumber daripada GSMArena, terdapat pihak yang telah melihat versi ini muncul di dalam pengkalan data Carphone Warehouse. Walau bagaimanapun, masih belum ada lagi sebarang pengumuman rasmi daripada pihak Samsung tentang perkara ini. Andai kata versi ini akan keluar kepada umum, adakah anda akan berminat untuk memilikinya?

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain