• Sony bakal perkenalkan tablet Windows 8


    Pihak Sony juga tidak mahu ketinggalan untuk memperkenalkan tablet Windows 8 mereka yang diberi nama VAIO Dua 11. Hampir seperti kebanyakkan model tablet Windows 8 yang lain, produk terbaru Sony ini mempunyai fungi papan kekunci tambahan bagi memudahkan para penggunanya. Malah ia turut didatangkan sekali dengan sebuah stylus. Seperti namanya, Sony VAIO Duo 11 ini bakal mempunyai skrin sebesar 11 inci, lebih berbesar berbanding Microsoft Surface (10.6 inci).



    Sony masih belum lagi membuat pengumuman rasmi tentang peranti ini maka spesifikasi utamanya masih belum diketahui umum. Dijangkakan bakal terdapat persaingan sengit antara Asus, Acer, Samsung, Sony dan juga Microsoft di masa akan datang bagi mendapatkan takhta pengeluar utama bagi Windows 8.
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain