• Storekini - Laman beli-belah Lowyat


    Nama Lowyat sememangnya amat sinonim dengan jualan gajet-gajet yang canggih di Kuala Lumpur. Malah bukan itu sahaja, laman forum Lowyat juga amat popular bagi mereka yang ingin berkongsi pendapat dan pandangan tentang sesuatu topik sehingga menjadikan ia sebagai laman forum paling popular di Malaysia. Kini, terbuka satu lagi cabang kepada Lowyat apabila pihak Lowyat.net telah memperkenalkan laman web terbaru mereka iaitu Storekini. Laman web ini menumpukan kepada penjualan gajet-gajet dan fesyen terkini secara online dengan proses pembelian yang lebih teratur dan selamat. Konsepnya menyerupai laman web jual-beli yang lain seperti Lazada mahupun Zalora.



    Bahagian utama bagi laman web Storekini adalah telefon bimbit pintar, tablet, komputer, GPS, pakaian, permainan, kamera dan juga audio. Mereka juga turut menyediakan perkhidmatan penghantaran secara percuma untuk penduduk di Semenanjung Malaysia. Dari segi pembayaran, ia perlu dibuat secara online menggunakan sama ada VISA, MasterCard, Maybank2u, PayPal, Public Bank, RHB, Hong Leong atau CIMB Clicks. Tidak seperti LazadaStorekini tidak memberikan sebarang potongan harga buat masa ini. Nampaknya semakin banyak pihak yang berlumba-lumba untuk membuka laman web yang menyokong pembelian online secara efisyen di Malaysia.
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain